HAPPENING HARI RAYA AIDILFITRI AND OPEN HOUSE - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 10 Julai 2017

HAPPENING HARI RAYA AIDILFITRI AND OPEN HOUSE


Salam..Selamat Hari Raya


Seri Wangi nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua readers tersayang, tentu dah banyak open house yang korang pergikan? Seri Wangi pun sibuk dengan undangan open house ikut hubby dan juga event...

Seri Wangi nak cerita pasal hari raya biasalah Seri Wangi memang setiap tahun balik Melaka kampung suami, tak gaduh nak bergilir-gilir bila time nak balik beraya sebabnya Seri Wangi satu family tinggal di KL, arwah emak & ayah tak kisah Seri Wangi balik beraya kat Melaka, lepas raya di kampung baru beraya di KL. Tapi beraya tanpa kedua ibubapa memang kurang meriah sebabnya kedua ibubapa Seri Wangi dan juga mertua sudah lama pergi walau macamanapun Seri Wangi tetap beraya di kampung yang kini kakak ipar yang menetap di sana sebabnya kemeriahan suasana beraya di kampung lain dari yang lain walaupun cuma beraya sehari dua tetap terasa kemeriahan dan kegembiraan.

Beraya di Melaka memang seronok sebab kami akan beraya di setiap rumah adik beradik hubby yang tinggal berdekatan dan sememangnya meriah tapi biasalah anak-anak Seri Wangi cuma bertahan lebih lama pun 2 hari lepas tu dah nak balik KL pulak, cuama tingal Seri Wangi dan hubby tinggal di kampung sebab nak beraya di rumah kawan-kawannya di kampung. Raya tahn foto family tak lengkap sebab anak sulung dan kedua tak dapat ikut balik kampung kerana menantu kedua Seri Wangi dalam pantang.









Selepas balik KL anak-anak sibuk tanya bila pulak nak buat open house. Seri Wangi memang setiap tahun buat open house, Seri Wangi dan Hubby masak sendiri dan dibantu sikit-sikit anak lelaki Seri Wangi, kalau nak tau Seri Wangi tak ada anak perempuan semua 6 orangt anak lelaki. Dia orang paling suka kalau Seri Wangi masak Nasi Beriani mesti ramai kawan-kawan dia orang datang. Seri Wangi tahun ni masak Daging Gulai Kawah, Ayam Goreng, Lontong Singapore belajar dengan kakak ipar di kampung, nampaknya dia orang suka dan tak membazir. Tahun ni Seri Wangi masak sendiri dan ajak hubby pergi Pasar Chow Kita beli bahan-bahan yang sudah siap Blind seperti bawang merah/besar, halia,kumyit,cili kering,serai segala-galanya dah siap dan dikira kilo jadi taklah penat sangat kerja kita dan balik terus tumis saja, itu kalau nak masak dalam kuantiti banyaklah...! Seri Wangi masak untuk makan 100 orang banyangkan betapa ramai kawan-kawan anak Seri Wangi belum lagi Seri Wangi dan hubby jemput kawan-kawan lain.

Pasar Chow Kit 




Sorrylah kalau ada yang Seri Wangi tak jemput sebab time buat open house masih ramai lagi yang beraya di kampung lagipun Seri Wangi buat untuk anak-anak jer....itupun rasa dah tak larat....ko! OKlah...Seri Wangi ucapkan Selamat Hari Raya dan keluarga ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua reader...maaf zahir dan batin.







16 ulasan:

  1. Amboi... meriah ye kak... hehehe...Selamat Hari Raya

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya, maaf zahir and batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you...masih hari raya 1 bulan...byk open house..heee..

      Padam
  3. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Meriahnya beraya tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you, Rawlins..mmg meriah balik kampung memang seronok

      Padam
  4. seronoknya raya celebration you! Selamat hari raya ya..

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Raya to you and your family.

    BalasPadam
  6. Wow, I love seeing the happy faces. The food looks great. :) <3

    BalasPadam
  7. i feel like going back to kampung is much more lively in comparison to having a kampung in kl...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, Yana memang seronok balik kampung, sis org KL...jd blk kampung husban kat Melaka

      Padam

Thak You For Your Comment