Rabu, 20 September 2017

MR PILOT CEO MAMA MIA SKIN DAN DIRECTOR AL KAUTHAR EDUQIDS SDN BHD



Salam buat readers tersayang,

Seri Wangi kali ini ni ingin bercerita tentang seorang anak muda yang mempunyai cita-cita tinggi dalam meningkatkan taraf hidup sesorang yang ingin berjaya sebagai seorang usahawan yang berjaya walaupun sudah mempunyai pendidikan dan kerjaya. Seri Wangi sangat kagum apabila bertemu dengan beliau iaitu Encik Bakthiar Aliff Ibrahim seorang Pilot yang kini bertugas di Malindo Air sebelum itu beliau juga pernah bertugas di Malaysian Airlines. Beliau adalah seorang pelajar Aviation Management di OUM, Open university MalaysiaElectrical Engineering - Power Systems di Universiti Teknologi Mara, Malaysia (UiTM)Studied Air Transport Pilot License di Asia Pacific Flight Training.




En Bakhtiar Aliff Ibrahim dan Puan Farah Dila
Encik Bakthiar Aliff Ibrahim adalah seorang usahawan berjaya walaupun masih bekerja sebagai seorang Pilot, ianya tidak menghalang beliau dan isteri, Puan Farah Dila berumur 26 tahun melibatkan diri dalam perniagaan. Kini beliau adalah CEO MAMA MIA SKIN dan dibantu oleh isterinya menguruskan perjalanan produk Mama Mia Skin semasa beliau bertugas. Tuan Bakhtiar seorang yang sangat menitikberatkan soal mutu sesuatu produk dan keikhlasan dalam perniagaan daripada mengaut keuntungan semata-mata, membimbing orang ramai terutama kaum wanita dalam menceburi dalam perniagaan dan membantu menambah gaya hidup serta meningkatkan kewangan untuk wanita-wanita di luar sana yang ingin mengubah kehidupan mereka di samping ingin melihat wanita tampil dengan versatile, gorgeous dan menawan. Oleh itu lahirlah MAMA MIA SKIN product Skincare yang sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan semua golongan,bukan sahaja untuk perempuan malah lelaki pun boleh, macam Seri Wangi yang sudah masuk usia 50an juga sesuai menggunakannya tanpa was-was.


PENGASAS PRODUK MAMA MIA SKIN


SET MAMA MIA SKIN

Syarikat Yong&Bell Marketing telah ditubuhkan pada Ogos 2016 dengan mengeluarkan produk kecantikan iaitu Mama Mia Skin. Syarikat ini dimiliki oleh Bakhtiar Aliff Bin Ibrahim dan Shaiful Kamar (Bell). Diusahakan oleh dua orang wanita iaitu Nor Fadilah (Farah) dan Rozi Aminuddin. Syarikat ini masih baru dalam dunia kecantikan tetapi mempunyai potensi yang besar untuk maju pada masa akan datang. Produk Mama Mia Skin ini tiada kesan sampingan, berkualiti tinggi, mesra wuduk kerana menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia terlarang dan mampu memberikan kesan yang baik tanpa sebarang risiko. Oleh yang demikian, dengan perkembangan perniagaan produk ini yang semakin berkembang maka ianya dapat membantu memberikan keyakinan diri dan menambah pendapatan ekonomi sesebuah keluarga.


Puan Rozi Aminuddin berumur 46 tahun, mempunyai 6 orang cahaya mata di samping membantu suami menguruskan syarikat pengiklanan. Menetap di Kelana Jaya, beliau berkolaborasi dengan Puan Farah untuk menghasilkan prosuk kecantikan yang merangkumi semua peringkat usia bukan sahaja untuk wanita malah lelaki juga boleh menggunakannya. 


Puan Nor Fadilah (Farah Dila) berumur 26 tahun dan mempunyai seorang cahayamata perempuan. Pemilik Tadika & Taska Al Kauthar Eduqids yang terletak di Shah Alam. Seorang yang sangat komited dengan kerjanya, memikul tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak dan mempunyai guru-guru yang terlatih dan berdedikasi. Beliau sangat meminati dunia kecantikan sejak dari zaman bujang lagi kerana Puan Dila pernah menjadi model sambilan sebelum berkecimpung dalam dunia kecantikan dan perniagaan. Oleh sebab itu beliau telah menghasilkan produk kecantikan berjenama sendiri iatu MAMA MIA SKIN di samping menguruskan Pusat Tadika & Taska Al Kauthar.

PRODUK MAMA MIA SKIN




Produk Mama Mia Skin terdiri dari Mama Mia Skincare Set iaitu Soothing Love Cleanser, Elixir Love Seram, Silky Love Day Cream dan Sleek Love Night Cream dan juga Love Bliss Foundation yang digunakan sebagai bedak asas.

Fungsi Soothing Love Cleanser

Membersih secara mendalam
Mengurangkan lebihan minyak
Menanggalkan sel-sel kulit mati
Menanggalkan kotoran dan dan kesan solekan
Mencerahkan, menganjal, menggebu dan melembabkan kulit wajah

Fungsi Silky Love Day Cream

Melindungi kulit dari sinar UV
Menyeri dan sebagai alas bedak
Mencerah kulit secara sekata
Mengekalkan kelembapan kulit wajah
Menghilangkan tanda penuaan dan kedutan

Fungsi Silky Night Cream

Merawat, memutih dan mencerahkan kulit wajah
Mengembalikan keanjalan dan keremajaan kulit wajah
Menghapuskan jerawat,parut,lebihan minyak dan jeragat

Keistimewaan dan Fungsi
Elixir Love Serum dan Love Bliss Foundation

Elixir Love Serum dan Love Bliss Foundation

 Diformulasikan dengan ikan Salmon dan Stem Sel Epal
Menghalus serta mencerahkan warna kulit
Menutrisikan kulit
Sunblock SPF 35
Membuat struktur kulit lebih anjal
Melembabkan kulit wajah
Menyamarkan kedutan pada wajag
pencegah penuaan
Memberikan sensasi kulit bersinar yang lebih cerah
Mencegah pengaruh buruk polusi udara dan sinar matahari


Produk Make Up Lipmate dan Mascara

Class Make Up Tutorial

Puan Farah Dila juga mengadakan class Make Up Tutorial kepada sesiapa yang mahu mempelajari cara-cara make up yang betul dari A hingga Z kepada peserta-peserta dari mula secara asas hingga pandai.  Beliau hanya mengenakan RM50 seorang termasuk produk kepada pesertanya, setiap class peserta biasanya dalam lingkungan 10 atau 20 orang ataupun lebih dari itu atas permintaan. Beliau juga akan menjemput Artis bagi memeriahkan class yang diadakan untuk demo tutorial make up dan juga diadakan sesi fotografi untuk peserta yang mengambil bahagian.

Toturial Make Up
video



Untuk keterangan lanjut tentang MAMA MIA SKIN Sila layari:

Website:  MAMA MIA SKIN

Facebook:  MAMA MIA SKIN

Instagram :  @mamamiaskin

HOTLINE : 017-2423400/017-2424300



Tadika dan Taska AlKauthar Eduqids 


Puan Farah Dila juga adalah Pemilik Tadika AlKauthar Eduqids di Shah Alam di tingkat bawah pejabatnya. Puan Farah Dila dan En Bakhtiar (Director) bersama-sama menguruskan Tadika & Taska AlKauthar Eduqids tersebut. Tadika & Taska Al Kauthar Eduqids merangkumi Pre-School 3-6 tahun, Day Care, Transit, Toddler 1-3 tahun, KAFA dan Hafazan serta menggabungkan program English Islamic Montessori & Pre Tahfiz untuk kanak2 seawal 3 Tahun. Selain itu, menyediakan PERCUMA program Mandarin Asas untuk kanak- kanak tadika.


Tadika &  Taska Al Kauthar Eduqids

.
1.  Yuran bulanan termasuk sarapan pagi yang berkhasiat dan disarankan oleh Jabatan Kesihatan.

2. Menggunakan silibus KSPK (kueikulum standard Pra Sekolah) yang disarankan oleh Jabatan Pendidikan Malaysia.

3.   Buka seawal 7.00 pagi bagi memudahkan ibubapa yang bekerja di Kuala Lumpur.

4.  Menyediakan perkhidmatan penjagaan sepenuh masa di tempat yang sama bagi memudahkan ibubapa tidak perlu menghantar anak di tempat berasingan.

5.   Menyediakan program tambahan seperti kelas renang, swimmming, kelas intensive membaca setiap hari Sabtu dan banyak lagi.

6.   Mempunyai guru yang berpengalaman dan dilatih mahir dalam bidang Awal Kanak-Kanak.
✔️ 
Bermesra dengan anak-anak Taska dan Tadika Al Kauthar Eduqids

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Taska dan Tadika Al Kauthar Eduqids:

ALAMAT

No. 2A, Jalan Bola Tampar 13/14
Section 13, 40100 Shah Alam
Selangor

Tel/Fax:  603-55244188

Facebook:  AlKauthar Eduqids

Instagram :  @alkauthareduqids

Rabu, 13 September 2017

ANTABAX POWER GRAFFITI COMPETITION 2017 DAN PERMAINAN RAKYAT MALAYSIA


Hari Ahad 10 Sept 2017, Seri Wangi dan kawan serta anak-anaknya pergi ke Acara Antabax Power Graffii Competition 2017 di Balai Seni Lukis Negara Kuala Lumpur. Sekali-sekali keluar beriadah untuk hilangkan stress seharian bekerja dan bergembira dengan kanak-kanak yang ramai turut serta beriadah dan melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti di acara Antabax Power Games khas untuk mereka.

Perasmian Antabax Power Gaffitti Competition 2017
Antabax, rangkaian produk penjagaan diri anti-bakteria Halal nombor 1 di Malaysia, meraikan POWER Malaysia menerusi pertandingan melukis graffiti secara live. Seramai 14 artis graffiti yang terbaik dalam negara serta krew masing-masing berentap untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, di Balai Seni Negara.

Cabaran melukis graffiti secara live itu merupakan hasil daripada Pertandingan Grafitti Antabax POWER 2017 yang berlangsung selama sebulan sempena sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-60.  Bertemakan POWER Malaysia, artis-artis graffiti dari seluruh negara dicabar untuk mentafsirkan semangat dinamik serta keunikan negara ini. 



Pertandingan itu menerima ratusan penyertaan secara dalam talian yang kemudian disenarai pendek menjadi 55 sebelum 14 orang artis serta krew mereka dilpilih, simbolik dengan 14 buah negeri di Malaysia. Mereka disenarai pendek oleh para juri daripada Balai Seni Negara, artis-artis graffiti terkemuka dan wakil-wakil Antabax. Hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 untuk pertandingan ini dipercayai antara yang paling besar pernah ditawarkan dalam pertandingan graffiti di Malaysia. Finalis hanya diberi masa 3.5 jam untuk menyiapkan panel sebesar 2.4m kali 2.4m dengan visi mereka tentang Malaysian POWER. Cat semburan merupakan medium utama.


PERTANDINGAN MELUKIS GRAFFITI LIVE ANTABAX POWER




Cabaran melukis graffiti secara live 
Satu klinik melukis graffiti untuk mereka yang berusia di antara lapan hingga 18 tahun turut dijalankan oleh Bee dan krew artis graffiti dari District Gallery. Ia bertujuan memberi inspirasi kepada artis graffiti generasi akan datang dengan mengajar mereka tentang cara mengendali  tin cat yang betul (can-handling), teknik-teknik asas, prosedur keselamatan dan kebersihan.  Seri Wangi juga mencuba melukis Graffiti ni, namun bukannya mudah hendak melukis dengan menggunakan cat semburan jika kita tidak tahu teknik-teknik semburan untuk melukis sebuah lukisan Graffiti, jadi...Seri Wangi bagi 5 bintang kat adik-adik ini yang memang mahir dan kreatif dalam melukis Graffiti.

klinik melukis graffiti





Antabax ialah satu jenama produk penjagaan diri dari Malaysia yang terkenal dengan perlindungan anti-bakteria selama 24 jam. Ia dinamakan sebagai jenama paling pantas berkembang di Malaysia dalam kategori produk penjagaan diri anti-bakteria[1] dan semua produknya disahkan Halal.  Jenama ini telah mengetengahkan seni, budaya dan aktiviti warisan Malaysia menerusi pelbagai kempen yang memenangi anugerah serta mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat, di samping berjaya merapatkan hubungan di antara komuniti.  


Pengurus Besar Kanan, Jabatan Isi Rumah & Produk Penjagaan diri, Divisyen Pemasaran, Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Francis Ng berkata, “Kempen Antabax POWER meraikan apa yang membuatkan Malaysia sebuah negara yang unik melalui semangat dan POWER warganya. Interpretasi tentang apa yang membuatkan Malaysia hebat mungkin berbeza, tetapi perasaan dan asas kehebatannya ada di sana.” 




PERMAINAN WARISAN RAKYAT MALAYSIA

Kempen Antabax POWER merupakan inisiatif terkininya ke seluruh negara. Selain pertandingan Graffiti, kempen ini turut melibatkan permainan warisan Malaysia -Juara POWER Antabax. Pengurus Besar Kanan, Jabatan Isi Rumah & Produk Penjagaan diri, Divisyen Pemasaran, Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Francis Ng berkata, “Kempen Antabax POWER meraikan apa yang membuatkan Malaysia sebuah negara yang unik melalui semangat dan POWER warganya. Permainan Juara POWER Antabax. Para pengunjung yang menghabiskan siri lapan permainan zaman kanak-kanak seperti batu seremban, teng teng, lawan pemadam, lompat getah, batang lidi, chapteh, ceper dan gom bia.
Permainan Warisan Rakyat Malaysia
Lompat Getah
Batang Lidi

Batu Seremban

Ceper

Capteh

Gom Bia

Teng Teng
 Pemenang Cabutan Bertuah

Antabax Power juga mengadakan cabutan bertuah bagi peserta-peserta yang mengambil bahagian di acara Antabax Power Games iaitu masing-masing perlu mengambil bahagian semua acara yang disediakan dengan mengecop pada borang yang diberikan apabila sudah lengkap dicop, borang tersebut akan ditukar kepada nombor untuk cabutan bertuah dan setiap peserta akan diberi sebotol shower cream.





KEPUTUSAN PERTANDINGAN MELUKIS GRAFFITI LIVE ANTABAX

Pertandingan melukis graffiti secara langsung itu dinilai oleh Ketua Kurator Balai Seni Negara, En Majidi Amir; Kurator Kanan Balai Seni Negara, En Bakhtiar Naim Jaafar; Pengurus Kanan Jenama, Produk Isi Rumah & Penjagaan Diri Lam Soon Edible Oils, Pn Mandy Lee dan artis grafiiti tanah air terkemuka, Bee dan Bone Alfie. Pertandingan melukis Graffiti Live Antabax dimenangi oleh:




 Juara Melukis Graffiti Live Antabax
 Mohd Zulfadli Bin Ahmad Nawawi (Akid1)
Wang Tunai sebanyak RM7,500



Tempat Kedua 
Mohd Zaki Bin Nordin (Escapeva)
 Wang Tunai RM4,500


Tempat Ketiga
Siek dan Katun (3 Serangkai) 
Wang Tunai   RM2,500 


Sebelas pemenang hadiah saguhati masing-masing menerima RM500.  Semua finalis juga menerima hamper Antabax dan cat sembur bernilai RM200 setiap seorang.




 About Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd

Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. (Lam Soon) has been an established manufacturer of edible foods, household and personal care products in Malaysia since the 1950s. In the household and personal care category, their selection of quality products include May personal care range, Fruitale Fair White UV soap, shower and olive oil range, Antabax antibacterial soap, hand sanitizer, medicated powder and cleansing wipes, Orchid feminine wash range, ZIP homecare product range of dishwashing liquid, floor cleaner, toilet bowl cleaner, powder and cream cleanser, Labour dishwashing liquid and paste, and Bio-home multipurpose cleanser and dishwashing liquid range. As a renowned and trusted household brand among consumers, Lam Soon is dedicated to producing quality products for a healthier lifestyle and cleaner homes.

Pengurus Besar Kanan, Jabatan Isi Rumah & Produk Penjagaan diri,
Divisyen Pemasaran
Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. Mr. Francis Ng


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen
#AntabaxPOWER Sila layari laman web:


 Facebook :  NewAntabax

Instagram :  @antabax